PETA BULATAN
PROSES
BERFIKIR = MENDEFINISIKAN
MENGIKUT
KONTEKS
PETA BULATAN |
Langkah Membina Peta Bulatan
1.
Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2.
Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil
tersebut.
3.
Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil
tersebut.
4.
Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan
dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
5.
Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber
rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
contoh
PETA BUIH BERGANDA
PROSES
BERFIKIR = PENERANGAN
MENGGUNAKAN
KATA/ FRASA
ADJEKTIF
Langkah
Membina Peta Buih
1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah
dan labelkan topik utama di dalamnya.
2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya
untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.
3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan
topik utama menggunakan garis lurus.
4. Senaraikan seberapa banyak kata / frasa
adjektif berkaitan sama ada positif / negatif
. Warna yang
berbeza boleh digunakan.
5. Contoh:
Kata Adjektif
– cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas Frasa Adjektif-
bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.
PETA BUIH BERGANDA
PROSES
BERFIKIR = MEMBANDING BEZA
PETA PEMIKIRAN
= PETA BUIH BERGANDA
PETA BUIH BERGANDA |
Langkah Membina Peta Buih Berganda
1.
Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk
menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.
2.
Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3.
Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2
bulatan utama.
4.
Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
5.
Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2 topik,
gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
6.
Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang
hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
7.
Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau
perbezaan sahaja.
contoh :
PETA POKOK
PROSES BERFIKIR = MEMBUAT PENGKELASAN
PETA PEMIKIRAN = PETA POKOK
PETA POKOK |
Langkah Membina Peta Pokok
1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan
gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama
kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang
pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap
kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis
Contoh :
PETA DAKAP
PROSES BERFIKIR = HUBUNGAN SELURUH- BAHAGIAN
PETA PEMIKIRAN = PETA DAKAP
PETA DAKAP |
Langkah Membina Peta Dakap
1.
Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal / maujud
2. Tuliskan
bahagian objek yang ingin dipisahkan dan gariskannya.
3. Tuliskan
bahagian / pecahan utama.
4. Tuliskan
bahagian / komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
Lukiskan ( {
) untuk menggabungkan / menyatukan objek dan komponennya.
Contoh :
PETA ALIR
PROSES BERFIKIR = URUTAN
PETA PEMIKIRAN = PETA ALIR
PETA ALIR |
Langkah Membina Peta Alir
1.
Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)
2.
Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah
pertama untuk menghasilkan / membina / membuat.....
3.
Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4.
Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5.
Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6.
Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)
7. Sekiranya terdapat penerangan
selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.
8.
Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah?
Contoh
PETA ALIR PELBAGAI
PROSES BERFIKIR = SEBAB DAN AKIBAT
PETA PEMIKIRAN = PETA PELBAGAI ALIR
PETA ALIR PELBAGAI |
Langkah Membina Peta Pelbagai Alir
1.
Digunakan untuk menerangkan
analisis sebab dan kesan.
2. Lukiskan
kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.
3. Di
sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam
kotak berasingan.
4.
Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan
beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.
6. Lukis
anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini
juga boleh digunakan untuk menerangkan
sebab atau kesan sahaja.
Contoh
PETA TITI
PROSES BERFIKIR = MELIHAT ANALOGI
(HUBUNGAN YANG SAMA,
MENCARI FAKTOR PENGHUBUNG)
PETA PEMIKIRAN = PETA TITI
PETA TITI |
Langkah Membina Peta Titi
1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor
penghubung (relating factor) di bahagian
kiri.
2.
Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.
3.
Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan
yang
berkaitan
contoh
Terima kasih atas penerangan yang sangat jelas.
ReplyDelete